Tips Hijab Fesyen Yang Nampak Ringkas Tapi Trending Giler!

Dunia fesyen zaman ini banyak berkembang dan mengeluarkan trend baharu untuk ramai. Fesyen terkini menunjukkan gaya moden untuk semua orang termasuk para wanita Hijabis di Malaysia. Wanita Hijabis juga tidak ketinggalan mengikut gaya trend fesyen terkini dengan gaya muslimah mereka. Serupa fesyen pakaian, terdapat juga hijab fesyen terkini yang banyak diikuti oleh wanita moden di Malaysia. 

Hijab Fesyen Yang Paling Klasik Sekali!

Source: wardahku.com

Gaya tudung boleh dikatakan sebagai paling penting dalam hijab fesyen. Ada gaya klasik iaitu gaya bawal yang boleh dilihat dimana-mana sahaja, dan ada juga gaya yang lebih moden dimana kain tudung terselit di dalam baju. Gaya-gaya semua ini ringkas dan senang untuk diikuti sambil boleh menutup aurat dan bahagian dada. Para wanita, tukarlah stail anda dan mencuba gaya yang berbeza Hari Raya nanti! Salah satu gaya yang semakin popular dan bergaya ialah untuk mengubah suai gaya klasik bawal. Ikuti dan cubalah cara ini:

  1. Bingkai hijab di sekeliling muka anda dan pastikan satu sisi lebih panjang daripada sisi yang lain.
  2. Bawa kedua-dua belah dan pin dekat bawah dagu. 
  3. Tarik yang sebelah panjang bawah leher dan ke atas kepala. Pastikan tarik sampai kelihatan kemas tetapi tidak terlalu ketat. 
  4. Gunakan pin sesuka hati anda dan pinkan dekat tepi kepala anda. Selepas itu, tarik kain tudung di bahagian belakang leher untuk melonggarkan bahagian depan supaya kesan drape boleh dilihat. 
  5. Jikalau ada kain tudung tambahan yang boleh dinampak, sama ada anda ingin lilit ke belakang ataupun pin ke tepi, ataupun masuk ke dalam baju pun boleh. 
  6. Siap! 

Senang kan! Selain itu, anda boleh juga mengubah stail anda dengan hijab yang bercorak ataupun bersulam. Tip hijab fesyen ini paling mudah untuk diikuti, jika anda merasa sukar untuk mengikuti video tutorial gaya-gaya hijab terkini, tukarlah hijab biasa anda dengan yang lebih unik! Warna merah dan kuning banyak berkesan untuk mencerahkan penampilan anda dan warna pastel sempurna untuk gaya manis dan ayu. Kalau anda ingin kelihatan lebih professional dan bersesuaian untuk ke pejabat, warna hitam dan kelabu paling best sekali! Warna-warna ini nampak formal dan mudah dipadankan dengan apa-apa pakaian.

Hijab Fesyen Moden & Professional 

Para wanita, apa yang kita selalu pakai semasa berdandan? Aksesori kan. Mesti ada kerongsang ataupun jam tangan, cincin, dan juga gelang tangan untuk nampak lebih bergaya. Salah satu aksesori yang paling diabaikan oleh para wanita Hijabis ialah cermin mata hitam. Selain membantu anda menghalang matahari dengan berkesan, anda boleh nampak macam fashionista! Lain kali bila anda keluar shopping, kerja, ataupun bercuti, janganlah lupa tips hijab fesyen ini yang ringkas ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.