Siapa Sangka Tulang Lembu Boleh Masak Mi Rebus & Gulai!

Source: https://daging2u.com.my/

Bila teringin nak makan tulang lembu, resipi pertama yang muncul dalam fikiran anda sudah tentu sup tulang lembu atau lebih dikenali sebagai Sup Gearbox. Mestilah, sup ini bukan sahaja enak tetapi juga amat berkhasiat dan boleh melancarkan masalah pencernaan serta membantu mengurangkan berat badan.

Tapi, kalau selalu minum sup je, mesti bosan kan. Tahukah anda, tulang lembu sebenarnya amat serba boleh dan boleh dimasukkan dalam pelbagai jenis masakan. 

Mee Rebus Tulang Lembu

Bahan diperlukan:

  • Mee kuning
  • 500g tulang rusuk daging lembu
  • Kisar (1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 inci halia)
  • Kisar (2 sudu besar kacang tanah, 2 sudu besar udang kering, serbuk perasa, 4 biji ubu keledek, 2 sudu kecil garam, 3 sudu besar gula, 1 sudu tepung jagung dibancuh bersama air)
  • 1 ikat sawi
  • Taugeh
  • Tauhu atau kek ikan
  • Telur rebus
  • Cili hijau
  • Limau nipis

Cara masakan:

  1. Tulang lembu perlu direbus sehingga menjadi empuk. Sekiranya terdapat apa-apa kekotoran, sila keluarkannya sehingga air rebusan tersebut kelihatan jernih.
  2. Tumis kisaran pertama (bawang etc) sehingga minyak pecah. Setelah minyak pecah, masukkan bahan kisaran kedua (kacang tanah, ubi keledek etc) dan air rebusan daging, Campuran ini harus dibiarkan sehingga mendidih.
  3. Kek ikan atau tauhu bergantung pada anda boleh dihiris dan masukkan ke dalam sup. Anda boleh masukkan tambahan gula, garam dan perasa mengikut cita rasa anda.
  4. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung.
  5. Bahan sampingan seperti mee, telur dan sawi boleh disediakan.
  6. Setelah sup pekat, mee rebus anda sedia untuk dihidang.

Source: https://daging2u.com.my/

Gulai Nangka Tulang Lembu 

Bahan diperlukan:

  • 500g tulang lembu
  • 700g nangka muda (direbus sehingga empuk)
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 500ml santan pekat
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 7 biji bawang merah kecil dihiris
  • 6 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa

Cara masakan:

  1. Rebus tulang lembu dengan 1 liter air sehingga empuk menggunakan periuk tekanan
  2. Tulang lembu dalam air rebusan dididih bersama nangka yang telah emouk sehingga menggelegak.
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga sebati.
  4. Seterusnya masukkan santan dan kacau. Pastikan sentiasa kacau santan untuk mengelakannya pecah minyak.
  5. Masukkan bahan yang telah ditumis garing (bawang, daun kari, jintan manis, jintan putih) ke dalam gulai yang telah dimasak.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Gulai nangka tulang lembu siap dihidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.