3 #OOTD Idea Dengan Style Tudung Bawal Yang Anda Mesti Tahu

Percaya tak, style tudung bawal merupakan gaya paling popular di Malaysia? Tak hairan la jikalau betul, style tudung bawal bersesuaian dengan banyak jenis bentuk muka. Tapi, kalau style tudung bawal dipakai setiap hari, nampak macam bosan kan! Para wanita, jangan sesekali pakai style yang sama, ada juga banyak gaya untuk style tudung bawal. Untuk outfit juga, boleh mix & match pakaian untuk nampak macam fashionista! Kami kongsikan 3 #OOTD idea dengan 3 style tudung bawal yang mudah diikuti oleh semua wanita.

Senang Untuk Nampak Bergaya DenganĀ  3 #OOTD Idea Ni!
  1. Dailywear #OOTD

Gaya ini berasas serbaguna, padankan outfit yang ringkas dengan tudung yang berwarna pastel. Sebagai contoh, anda boleh memakai baju oversized dengan seluar palazzo dan padankan warna tudung anda dengan baju oversized anda. Jika anda lebih suka pakai baju kurung moden, boleh juga! Ikutilah citarasa anda tapi pastikan outfit anda nampak minimal dan simple! Untuk style tudung bawal, letakkan tudung bawal di atas kepala dengan sebelah bahagian labuh dan sebelah bahagian lagi pendek. Tarik bahagian pendek ke sebelah kiri dan pinkan pada telinga. Selepas itu, tarik lebihannya ke belakang dan masukkan ke dalam baju. Untuk bahagian yang lebih panjang, tarikkan ia ke sebelah kanan dan pinkan.   Gaya tudung bawal ini semacam pakai shawl, kelihatan kemas dan anggun!


  1. Shopping #OOTD

Adakah wanita yang tidak suka jalan-jalan shopping? Macam tak ada! Tapi keluar shopping, nak pakai apa? Padankan baju anda, blouse ke button-up, dengan pleated skirt! Anda boleh nampak comel dan bergaya secara serta merta dengan gaya ini. Untuk style tudung bawal, lipatkan tudung bawal anda kepada segi tiga seperti biasa. Tarik bahagian kiri ke telinga bahagian kanan dan pinkan. Kemaskan tudung mengikut keselesaan anda dan pinkan tudung bahagian kanan. Selepas itu, menarik tudung sebelah kanan yang kelebihan dari dalam dan pinkan pada telinga bahagian kiri. Itu je, senang kan! Kami recommend untuk pakai tudung yang fabriknya matte ataupun satin silk untuk style tudung bawal ini, boleh nampak elegen dan cantik!


  1. Formal event #OOTD

Akhir sekali, gaya #OOTD ini sempurna untuk jamuan ataupun majlis yang lebih formal. Boleh pakai ke ofis jugak! Padankan button up ataupun blouse biasa dengan seluar slacks dan lapiskan dengan sehelai cardigan ataupun blazer. Untuk gaya ini, ingati untuk memilih warna yang lebih gelap supaya nampak elegan dan anggun. Style tudung bawal yang kami pilih untuk #OOTD ini nampak lebih professional berbanding dengan yang telah disenaraikan di atas. Lipatkan tudung bawal kepada segi tiga seperti biasa. Kemudian, tarik kedua-dua bahagian tudung ke belakang dan ikatkannya. Pinkan tudung di bahagian atas dan tepi tudung supaya kelihatan kemas. 

Tak kira gaya mana yang anda pilih, pastikan anda berasa selesa dengan pakaian anda kalau nak mix & match.Harap 3 #OOTD idea ini dan 3 style tudung bawal yang serbaguna ini boleh membantu anda untuk nampak lebih bergaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.