CSI Ke? Apa Rahsia Dalam Buku Forensik Kewangan Ini?

Apa sebenarnya forensik kewangan eh?

Bila terdengar perkataan forensik, mesti teringat rancangan CSI atau Law & Order betul tak? Sebenarnya mereka dalam bahagian forensik jenayah, kita pula nak belajar forensik kewangan. Forensik kewangan bukanlah menyelesaikan jenayah menggunakan wang ye tetapi ia merupakan bidang yang menggabungkan kemahiran penyiasatan dengan kemahiran pengauditan kewangan.

Haih, bila cakap pasal wang, mesti rasa susah hati kan? Kita yang mencari wang siang malam tapi duitnya tidak boleh bertahan dalam bank dua minggu pun. Antara masalah kewangan yang ramai rakyat Malaysia hadapi termasuk hutang peribadi, taraf hidup tinggi dan juga kekurangan ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan harta. Pemikiran “hidup senang haruslah bekerja” dah sebati tetapi adakah ia cukup?

Rahsia untuk kewangan yang lebih stabil bukan setakat bekerja kuat malah kita juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang forensik kewangan. Kami mengesyorkan anda baca buku forensik kewangan ini. Jangan ingat bosan ke, malas ke tau! Dengan menggunakan ilmu pengetahuan di dalam buku ini, anda bukan sahaja boleh langsaikan mana-mana hutang tertangguk, tetapi juga boleh belajar bagaimana anda boleh menstruktur semula sistem kewangan anda.

Siapa Jurutera Di Sebalik Buku Ini?

Tuan Zaidi Ismail, jurutera forensik kewangan, adalah seseorang yang telah berjaya sebagai seorang usahawan serta pengasas Urusinsan sejak 15 tahun lalu. Beliau percaya kepada teori yang mengatakan bahawa setiap orang mempunyai kapasiti yang perlu dicungkilkan untuk memaksimakan ilmu cara kita kita belajar mengurus kewangan peribadi. 

Kita tidak boleh fikir, “Ish cara ini hanya membazirkan masa”! tetapi kita harus berfikir dengan logik dan salah satu kaedah adalah untuk melakukan “cost-benefit analysis” di mana anda perlu melakukan analisa mengenai sistem kewangan anda dan bagaimana anda boleh meningkatkan taraf hidup anda pada tahun-tahun yang akan datang. Ingat, kalau hendak hidup senang, kita bukan sahaja harus bekerja dengan tekun, tetapi kita juga memerlukan ilmu dan kemahiran kewangan yang mencukupi.

“Saya tidak percaya kepada teori ini!”

Kami faham keraguan anda tetapi , realitinya, buku ini hanya merupakan sesi perkongsian ilmu pengetahuan Tuan Zaidi Ismail kepada rakyat Malaysia untuk membantu mereka. Sistem ini boleh membantu anda menyimpan minima RM2,000 sebulan serta harta minima sehingga RM500,000.

Encik Zaidi Ismail komited untuk membantu rakyat Malaysia.

Buku, Kursus atau Coaching?

Mentaliti anda sebelum bermula di Urusinsan tidak boleh berjurus kepada “Saya hanya membazirkan masa demi satu buku” walhal buku ini sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan tidak bergantung pada status kewangan semasa anda. Ingat, hendak hidup senang haruslah baca buku……..TAPI bukan baca buku je, anda juga boleh ikuti forensik kewangan oleh Tuan Zaidi Ismail berpandukan video dan webinar melalui kajian kes rakyat Malaysia yang melalui proses urusinsan dan telah berjaya.

Kadang-kadang, baca buku, pergi kursus tak cukup untuk kita betul tak? Jika anda tergolong di dalam kategori ini, anda juga boleh mengikuti sistem coaching one on one bersama Tuan Zaidi Ismail. Beliau percaya bahawa jika nak senang haruslah bekerja kuat tetapi bersama ilmu kewangan yang betul, wang yang diperolehi lebih lama lekat di akaun bank lah!

Cukup bercakap,mulakan transformasi sistem kewangan anda bermula dengan buku forensik kewangan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.